Sabtu, 30 Julai 2016

Nur Hanna Raisya & Ummi




Nur Hanna Raisya. Nama ni Appa ngan ummi yang cari. Siap buat kajian sana sini. Gabungkan dengan macam- macam nama lain lagi. Last last Nama ni jugak yg appa ngan ummi pilih. 

 Nama Raisya ni sebelum hanna ada lagi appa & ummi suka. Hanna pulak mungkin sebab pengaruh dari makna bunga appa & ummi pilih. Ada satu nama lain yang hampir hampir jadi tapi tetap ada raisya jugak. Seingat appa Nur Imani Raisya mungkin? Hehhe 

 Hari ni genap umur Hanna 1 tahun 13 hari. Sekarang hanna dah tersangat pandai merangkak tapi masih belum berjalan sendiri walaupon setapak. Boleh berjalan tapi appa kene pegang tangan hanna tu. Hanna pon pandai, appa dah pegang tangan sebelah je, memandai je nak suh appa pegang 2dua belah tangan. Hanna tahu,hari ni jugak hanna buang air besar 3 kali. Sembelit agaknya. Kene masukkan ubat air baru ok. Tp tu la menangis terjerit4 sampai gerakkan tangan macam "bye bye" appa tau mmg sakit tapi untuk sabar lah ye syg. 😚

 Ummi marah apa td sebab tengok bola melaka lwn felda . LIVE !! Appa nye tengk bola mmg tak agak5 . Ummi ,Tok Ummi , makneh dah siap masakkan kat belakang and sediakan makan kat dapur ,appa boleh suh semua makan dulu. Sbb appa taknak ketinggalan kot kot ada gold last minit ni. Last4 melaka kalah minit 87, 0-1. Appa tau ummi marahkan appa sampai lepas kan geram kat appa ni. Kata ummi. Sebab appa la atok ,tok ummi semua terpaksa mkan kat ruang tamu. Garang tau ummi Hanna ni 😢