Semuanya Mula disini

Nur Hanna Raisya... Hadirmu didalam hidup ini adalah untuk lebih Menyayangi Mu...

Nur Hanna Raisya 2 hari.

Selamat datang ke dunia sayang. hidup ini ada duka ada gembira. semoga Hanna kuat tempuhi kehidupan ini syg.

Nur Hanna Raisya 4 bulan 2 hari

Hanna tau ? kasih seorg ibu dan ayah . tak akan dapat dibalas dengan apa pun. biar pon seseorg itu sudah membuat segala kebaikan apa pon untuk ibunya.

Nur Hanna Raisya 5 bulan 20 hari.

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Nur Hanna Raisya 6 bulan 9 hari

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ahad, 31 Julai 2016

Video Hanna Berjalan




Sebagai Seorg Ayah , takde perkara yang paling menggembirakan
Apabila melihat Anaknya belajar perkara baru dan dapat melihatnya 
dengan matanya sendiri. 

Appa Harap hanna gunakan kaki itu pada perkara yang baik baik
bukan kepada perkara kejahatan ye syg.
semoga Allah sentiasa melindungi dirimu dan keluarga kita
semuanya, Aminnnnnnn

5 Tapak yang pertama



Hanna Hari ni 30 julai 2016 , Hari special untuk appa ngan ummi.
appa, ummi, tok ummi tengok dapat tengok dengan mata ni sendiri,
hanna dah mula berjalan, 5 tapak pertama yg hanna sendiri tak sedar,
hanna dah boleh berjalan, sambil main henger sambil tu berjalan.

Hari ni Hanna menangis kuat sesangat dengan tibe kul 9 pagi,
terkejut appa ngan ummi, tapi appa dah agak dah ni mesti anting2 tersangkut kat buai,
dah menangis hanna bukannye nak tido balik, terus je menangis,
yela mana taknya mmg sakit pon kan, hanna pulak tido bukan setempat,
berpusing pusing and sangat lasak, appa ngan ummi pujuk hanna
bawak gi umah makvan, kene pulak kaklong nia and ilyas pagi lagi dah bangun,
special anak appa nih, umur baru setahun bape hari,
tapi pandai main ngan sedara mara lain, asalkan ada sedara yg kecik2
hanna la antara kanak yg ter heppy kat situ.

Dalam nak kul 10 pg hanna dah start ngntuk, appa ngn ummi tido kan hanna,
lepas hanna tido appa ummi pon tido skli. last2 bangun , hah kau. kul 1.30
appa ni dah la tido umah atok kdg2 bngun kul 11, kire ok lagi lah tu.
nih kul 1,30, apa nak jadi la appa ye. Segan malu smua ado.
semuanya sebab hanna tau. haaa

umi hari ni macam biasa hanna, marah appa lagi.
umi kata , appa ni gile games, sampai umi nak padam semua games
dalam hp tu, umi kata takde faedah mana pon main games tu,
betul sangat dah apa umi kata tu. tapi tu la appa ni kalau nak cite pasal
pengenalan mulanya appa main games skg mmg panjang lebau tak mmpu nak tulis,
bukan skli appa nak stop main games ni, dah berpuluh kali jugak,
tapi still camni, tapi appa bukan nya jenis org yg main games
sampai lupakan hanna tau, tak caya tanya la ummi.
insyaAllah satu hari nnti appa Akan berhenti main games2 online ni ye.
suh umi doakan untuk appa sllu ye.

Sabtu, 30 Julai 2016

Nur Hanna Raisya & Ummi




Nur Hanna Raisya. Nama ni Appa ngan ummi yang cari. Siap buat kajian sana sini. Gabungkan dengan macam- macam nama lain lagi. Last last Nama ni jugak yg appa ngan ummi pilih. 

 Nama Raisya ni sebelum hanna ada lagi appa & ummi suka. Hanna pulak mungkin sebab pengaruh dari makna bunga appa & ummi pilih. Ada satu nama lain yang hampir hampir jadi tapi tetap ada raisya jugak. Seingat appa Nur Imani Raisya mungkin? Hehhe 

 Hari ni genap umur Hanna 1 tahun 13 hari. Sekarang hanna dah tersangat pandai merangkak tapi masih belum berjalan sendiri walaupon setapak. Boleh berjalan tapi appa kene pegang tangan hanna tu. Hanna pon pandai, appa dah pegang tangan sebelah je, memandai je nak suh appa pegang 2dua belah tangan. Hanna tahu,hari ni jugak hanna buang air besar 3 kali. Sembelit agaknya. Kene masukkan ubat air baru ok. Tp tu la menangis terjerit4 sampai gerakkan tangan macam "bye bye" appa tau mmg sakit tapi untuk sabar lah ye syg. 😚

 Ummi marah apa td sebab tengok bola melaka lwn felda . LIVE !! Appa nye tengk bola mmg tak agak5 . Ummi ,Tok Ummi , makneh dah siap masakkan kat belakang and sediakan makan kat dapur ,appa boleh suh semua makan dulu. Sbb appa taknak ketinggalan kot kot ada gold last minit ni. Last4 melaka kalah minit 87, 0-1. Appa tau ummi marahkan appa sampai lepas kan geram kat appa ni. Kata ummi. Sebab appa la atok ,tok ummi semua terpaksa mkan kat ruang tamu. Garang tau ummi Hanna ni 😢