Semuanya Mula disini

Nur Hanna Raisya... Hadirmu didalam hidup ini adalah untuk lebih Menyayangi Mu...

Nur Hanna Raisya 2 hari.

Selamat datang ke dunia sayang. hidup ini ada duka ada gembira. semoga Hanna kuat tempuhi kehidupan ini syg.

Nur Hanna Raisya 4 bulan 2 hari

Hanna tau ? kasih seorg ibu dan ayah . tak akan dapat dibalas dengan apa pun. biar pon seseorg itu sudah membuat segala kebaikan apa pon untuk ibunya.

Nur Hanna Raisya 5 bulan 20 hari.

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Nur Hanna Raisya 6 bulan 9 hari

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ahad, 30 Oktober 2016

Video -Hanna Raisya Love



hai anak
penyejuk mata
penawar hati
yang duka lara
teringatkanmu
menghibur ayah
juga mama

hai anak
kau di antara
berjuta nikmat
yang dikurnia
amanah buat
ayah dan mama
jariah kami
dalam menuju ke syurga

hai anak
kau dibesarkan
dengan kasih sayang
dengan harapan
menjadi insan
yang beriman
memberi manfaat
buat seluruh umat

hai anak
kami tak minta
untuk hidup mewah
cukup sekadar
dengan melihat dirimu
engkau mencintai allah

(Khas untuk Puteri Tercinta)

Selasa, 2 Ogos 2016

Video Garang VS Comel




Syg appa umi ni mmg suka sangat tang menjerit2 nih, ikut appa agaknya kan, dulu tak manja sngt hanna nih, skg bukan main. manja die lain macam, geram appa umi,syg tau masa hari pertama syg dilahirkan kedunia nih, appa ada kat situ jaga sambut and azan tau, hari pertama syg dalam wad ngan umi, syg appa sorg ni je yg tengah menangis, kuat pulak tu, bayangkan baby baru umur 1 hari menangis menjerit2 sampai nurse ambik hanna untuk ditenangkan. 

Special Anak Appa sorg nih. Love u So Hanna

Pandai dah pakai straw minum

Hanna 5 bulan 27 Hari

Gambar2 lama masa hanna baru 5 bulan lebih je nih, biasa lah 5 bulan lbh mmg dah angkat kepala, pusing sane sini, taknak baring dah, nak duduk je biasanya, hanna skg pon mmg sorg yg x suka baring baring. geram jugak appa umi tau. 

Skg syg appa ni dah pandai minum air pakai strow, sebenarnya tak elok pon cz appa bg air sejuk pulak tu,org kata blh dapat lelah, mana taknya minum air sejuk non stop sedut je terus.



Hanna 2 hari ni bangun awal jerk, sian ummi tau, jaga dari pagi sampai nk gi kedai lagi. dah tu  bila ngntuk tak reti nak tido, merengek sini sana, suh org bawak jalan, bile tido pulak tak sampai 30 minit dah bangun. Subhannallah Special nye anak appa umi nie.

umur syg skg 1 tahun 15 hari kalau ikut masihi. ikut hijrah lak 1 tahun 29 hari, masihi hari mmg lebih bnyak dari hijrah ikut bulanan, mana taknya  masihi ada bulan 31 mcm bulan ni la, bulan 8 nih, hijrah mana ade sampai 31 kan, syg tau, syg lahir pada 17/07/2015 ikut hijrah 1 syawal tau.
kan !! mmg Special Anak appa nih ..

Isnin, 1 Ogos 2016

Video Hanna Raisya, Macam Lady Boss lah





Wah Bukan main lagi ye hanna. geram appa, hari ni appa gi tolong tok ummi , ada keje skit kat bank, tok ummi pinjam duit, sian to ummi tau, banyak tanggungan tahun ni, termasuk lah appa ngn hanna pon termasuk tanggungan tok ummi. kat kedai ni paksit kecik comel tu pon ada dtg sekali, suke buat kacau, buat meja sepah ngn kek, geram appa, hanna pulak tak tido2 walaupon dah ngntuk

Jalan Jalan Aeon Melaka




Semalam nye crita, appa bawak hanna jalan jalan kat aeon jj, tempat ni mmg hanna suka pergi cz ramai org, tapi syg time hanna nak gi sana appa umi dah cah cuba tidokan hanna sblm tu, tapi hanna taknak tido, sampai je aeon hanna lembik je dok dlm strolla, semalam pulak ahad, mmg ramai org, appa umi beli maggi korea, RM24.90 wooo, 5 pack je ada dalam tu, appa kira harga die 1 pack tu RM5 , boleh dapat maggi biasa 1 pack besar dalam ada 5 pack kecik silap2 siap free +1.
tapi takpe lah nak try nye pasal kan, maggi ni org kata tersangat lah pedas, nak bg hanna cuba takut hanna menangis berapi mulut tu, dah besar skit nnti appa bg cuba ye syg.

Sekarang ni hanna suke je manja ngn appa. time appa nak bawak van tu lah hanna nak dok kat appa, suka main Viper van tuh, suke je tekan, tiap kali dok ngan appa tu la keje yg paling hanna suka, ingt pulak tu mana tempat tekan bagi viper tuh bergerak, masalahnya kdg2 appa ngah bawak van , hanna nak tekan viper tu bg gerak tau, geram je appa ni, skg dah suka angkat kaki tekan hon pulak tu, sblm ni tak pnh pon buat mcm tu, hehe tapi dari kecik masa baru bapa bulan hanna dah suka angkat kaki letak atas penghadang depan stollar tau. bukan mainn mcm lady boss !

Pagi ni kul 9,30am hanna mengamuk tak tau nak apa, appa lak mlm td tido lambat sampai subuh terlajak laris, tak larat nak jaga hanna, umi la yg kene jaga hanna, bawak jalan sane sini, ketuk sana sini, bgi barang macam2 nak bg hanna tenang balik, tapi tak tenang2, last2 appa mandi and bawak hanna gi luar rumah, baru la heppy semacam, senyum sampai nmpak gigi ciut tuh. aigooooo
appa ummi gi kedai awal cz takde pekerja, kaksue kata ada family meninggal, sampai kedai ummi bg hanna susu, terus tido. ummi pon appa bg tido sekali cz mmg tak cukup tido ummi jaga hanna tau, kul 3pg mlm td appa dah bg mom dah, nak kul 4 lebih appa dah tido, ummi la yg bg susu kat hanna pulak, ummi tu tido tak mcm appa, hanna berpusing sikit dalam buaiyan tu ummi dah bangun tau. cuba la hanna jdi mcm appa ni, tido mati mati, jrg2 org blh kejut appa kecuali atok hanna je,
appa dengar je suara atok tibe2 badan ni automatik gi tandas trus ambik air sembahyang tau. 

Ahad, 31 Julai 2016

Video Hanna Berjalan




Sebagai Seorg Ayah , takde perkara yang paling menggembirakan
Apabila melihat Anaknya belajar perkara baru dan dapat melihatnya 
dengan matanya sendiri. 

Appa Harap hanna gunakan kaki itu pada perkara yang baik baik
bukan kepada perkara kejahatan ye syg.
semoga Allah sentiasa melindungi dirimu dan keluarga kita
semuanya, Aminnnnnnn

5 Tapak yang pertama



Hanna Hari ni 30 julai 2016 , Hari special untuk appa ngan ummi.
appa, ummi, tok ummi tengok dapat tengok dengan mata ni sendiri,
hanna dah mula berjalan, 5 tapak pertama yg hanna sendiri tak sedar,
hanna dah boleh berjalan, sambil main henger sambil tu berjalan.

Hari ni Hanna menangis kuat sesangat dengan tibe kul 9 pagi,
terkejut appa ngan ummi, tapi appa dah agak dah ni mesti anting2 tersangkut kat buai,
dah menangis hanna bukannye nak tido balik, terus je menangis,
yela mana taknya mmg sakit pon kan, hanna pulak tido bukan setempat,
berpusing pusing and sangat lasak, appa ngan ummi pujuk hanna
bawak gi umah makvan, kene pulak kaklong nia and ilyas pagi lagi dah bangun,
special anak appa nih, umur baru setahun bape hari,
tapi pandai main ngan sedara mara lain, asalkan ada sedara yg kecik2
hanna la antara kanak yg ter heppy kat situ.

Dalam nak kul 10 pg hanna dah start ngntuk, appa ngn ummi tido kan hanna,
lepas hanna tido appa ummi pon tido skli. last2 bangun , hah kau. kul 1.30
appa ni dah la tido umah atok kdg2 bngun kul 11, kire ok lagi lah tu.
nih kul 1,30, apa nak jadi la appa ye. Segan malu smua ado.
semuanya sebab hanna tau. haaa

umi hari ni macam biasa hanna, marah appa lagi.
umi kata , appa ni gile games, sampai umi nak padam semua games
dalam hp tu, umi kata takde faedah mana pon main games tu,
betul sangat dah apa umi kata tu. tapi tu la appa ni kalau nak cite pasal
pengenalan mulanya appa main games skg mmg panjang lebau tak mmpu nak tulis,
bukan skli appa nak stop main games ni, dah berpuluh kali jugak,
tapi still camni, tapi appa bukan nya jenis org yg main games
sampai lupakan hanna tau, tak caya tanya la ummi.
insyaAllah satu hari nnti appa Akan berhenti main games2 online ni ye.
suh umi doakan untuk appa sllu ye.

Sabtu, 30 Julai 2016

Nur Hanna Raisya & Ummi




Nur Hanna Raisya. Nama ni Appa ngan ummi yang cari. Siap buat kajian sana sini. Gabungkan dengan macam- macam nama lain lagi. Last last Nama ni jugak yg appa ngan ummi pilih. 

 Nama Raisya ni sebelum hanna ada lagi appa & ummi suka. Hanna pulak mungkin sebab pengaruh dari makna bunga appa & ummi pilih. Ada satu nama lain yang hampir hampir jadi tapi tetap ada raisya jugak. Seingat appa Nur Imani Raisya mungkin? Hehhe 

 Hari ni genap umur Hanna 1 tahun 13 hari. Sekarang hanna dah tersangat pandai merangkak tapi masih belum berjalan sendiri walaupon setapak. Boleh berjalan tapi appa kene pegang tangan hanna tu. Hanna pon pandai, appa dah pegang tangan sebelah je, memandai je nak suh appa pegang 2dua belah tangan. Hanna tahu,hari ni jugak hanna buang air besar 3 kali. Sembelit agaknya. Kene masukkan ubat air baru ok. Tp tu la menangis terjerit4 sampai gerakkan tangan macam "bye bye" appa tau mmg sakit tapi untuk sabar lah ye syg. 😚

 Ummi marah apa td sebab tengok bola melaka lwn felda . LIVE !! Appa nye tengk bola mmg tak agak5 . Ummi ,Tok Ummi , makneh dah siap masakkan kat belakang and sediakan makan kat dapur ,appa boleh suh semua makan dulu. Sbb appa taknak ketinggalan kot kot ada gold last minit ni. Last4 melaka kalah minit 87, 0-1. Appa tau ummi marahkan appa sampai lepas kan geram kat appa ni. Kata ummi. Sebab appa la atok ,tok ummi semua terpaksa mkan kat ruang tamu. Garang tau ummi Hanna ni 😢